Melalui pengiktirafan tersebut, daya saing antara penulis untuk menghasilkan karya sastera dalam Bahasa Melayu yang bermutu tinggi ternyata berjaya dihasilkan.

Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas, penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia kali ini menyaksikan barisan penulis muda semakin bermotivasi untuk menghasilkan karya-karya mereka.

“Selain itu, jumlah pencalonan pada tahun ini juga menunjukkan lonjakan peningkatan yang ketara hampir bagi setiap kategori terutamanya genre puisi berbanding tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016 dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2015/2016 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur.

Dalam majlis sama, 10 karya kategori kanak-kanak dan 10 karya kategori remaja telah diangkat sebagai pemenang bagi Hadiah Sastera Tunas Cipta 2015/2016.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Madzhir Khalid yang hadir meraikan pemenang-pemenang tersebut berkata, di negara-negara maju, sastera menjadi kompenan penting untuk mengimbangi tuntutan fizikal sdan nilai insan.

“Kehebatan dalam industri di negara berkenaan adalah dengan cara tidak meminggirkan kesusasteraan malah terus memperhebatkannya kerana sastera berfungsi sebagai penyuntik keseimbangan manusia,” katanya. – UTUSAN ONLINE