CHONG SIN WOON
CHONG SIN WOON

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah itu sebanyak 311 buah sekolah merupakan sekolah yang mempunyai masalah disiplin.


Sementara sebanyak 91 buah sekolah lagi, menurut beliau, dikategorikan sebagai sekolah tumpuan (hot spot) iaitu sekolah-sekolah yang cenderung mempunyai masalah disiplin.


“Kesemua sekolah ini kementerian beri lebih perhatian, justeru satu jawatankuasa bertindak diwujudkan bagi memantau menerusi program-program tertentu.


“Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.