Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

39,269 tablet mula diagih di Perak

Mohamad Kamil Shafie (tengah) bersama Zulkefli Mohd Idris dan Nur Azan Hasan bergambar bersama sebah
Mohamad Kamil Shafie (tengah) bersama Zulkefli Mohd Idris dan Nur Azan Hasan bergambar bersama sebahagian guru sekitar daerah Kuala Kangsar ketika majlis pelancaran dan penyerahan tablet berserta tutor guru dan e-paper Utusan Malaysia kepada guru-guru daerah Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar semalam. – Utusan / SYEFRY MONIZ

KUALA KANGSAR 5 Sept. – Seba­nyak 39,269 tablet mengandungi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia untuk para guru di Pe­rak mula diagihkan hari ini.

Majlis pelancaran pengagihan tablet tersebut diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Merchu di sini yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Mohamad Kamil Shafie.

Dalam majlis tersebut, seba­nyak 3,499 tablet diserahkan kepada guru-guru di daerah Kuala Kangsar.

Pengurus Operasi Utusan Land. Sdn. Bhd., Nur Azan Hasan berkata, Perak merupakan ne­geri keenam yang menerima agihan tablet itu selepas Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, pengagihan tablet kepada guru-guru di negeri ini dijalankan mulai hari ini sehingga 20 September ini.

“Pengagihan tablet melibatkan semua daerah di negeri ini termasuk kepada guru yang bertugas di kawasan pedalaman di sekolah Orang Asli,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Perak, Zulkefli Mohd. Idris dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Menengah, Muhammad Shud Abdul Majid.

Selepas di Kuala Kangsar, tiga lagi majlis pengagihan tablet kepada guru di negeri ini sudah dirancang iaitu untuk guru di Daerah Larut, Matang dan Selama pada Khamis ini di Pejabat Pendidikan Daerah tersebut.

Dua lagi program akan diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh pada 12 September dan di SMK Seri Kampar pada 14 September.

Sementara itu, Mohamad Ka­mil menyambut baik pemilih­an Kuala Kangsar sebagai daerah pertama di negeri ini yang me­ne­rima pengagihan tablet tersebut.

Menurutnya, tablet yang diberikan harus digunakan sebaik mungkin untuk membantu guru meningkatkan pembelajaran.

“Kemudahan yang diberikan ini selari dengan dasar mentransformasikan pendidikan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkefli ber­kata, guru di 1,099 buah sekolah di negeri ini bakal mendapat manfaat daripada pengagihan tablet tersebut.

“Pengagihan tablet ini bertujuan membantu guru membuat perancangan pembelajaran seharian mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain