Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris berkata, daripada jumlah tersebut, 37,026 pelajar merupakan calon sekolah manakala 2,169 lagi calon persendirian.

“Sebanyak 33,832 calon menduduki SPM di sekolah kerajaan termasuk sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan sementara 1,514 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Bilangan calon di sekolah swasta pula adalah sebanyak 689 orang diikuti oleh sekolah menengah agama rakyat (599 calon) dan sekolah menengah agama negeri (392 calon).

“Selain itu, terdapat juga 110 calon berkeperluan khas yang menduduki SPM pada tahun ini dan daerah Kinta Utara mencatatkan bilangan calon tertinggi iaitu sebanyak 10,725 calon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini sehingga 4 Disember depan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini hari ini.

Mat Lazim berkata, dengan dibantu keseluruhan 2,707 petugas, beliau berharap peperiksaan SPM di negeri ini akan berjalan dengan lancar.  - UTUSAN ONLINE