Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa selepas kesemua graduan tersebut selesai menjalani pengajian selama 10 bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Bukit Kiara .

Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah Anugerah Felo Intan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi menghargai jasa beliau dalam pentadbiran awam.

Penganugerahan berkenaan diterima oleh anaknya, Nori yang mewakili Abdullah.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman serta barisan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. - UTUSAN ONLINE