Baginda bertitah, sekaligus kejohanan sukan ini telah mencatatkan sejarah sebagai antara kejohanan paling lama dan masih dipertandingkan di negara ini.

“Ia juga membuktikan kesungguhan melalui usaha gigih tidak mengenal erti putus asa oleh pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Tenis Perlis dalam memastikan kelangsungan sukan tersebut di Perlis,” titah baginda semasa merasmikan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra Kali Ke-37 di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Tenis Perlis dan kerajaan negeri dengan penaja utamanya Nestle -Milo.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Tenis Perlis, Cheng Jo Chong.

Kejohanan ini yang bermula dari 5 hingga 9 Disember ini diadakan di 16 buah gelanggang tenis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra dan Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau.

Acara yang dipertandingkan kali ini adalah perseorangan dan beregu yang melibatkan remaja lelaki dan perempuan berumur dari lapan hingga 18 tahun.

Antara negara luar yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini yang menarik penyertaan 231 pemain dari dalam dan luar negara termasuk Tajikistan (empat), Nepal (dua), Indonesia (enam), Uzbekistan 19), Thailand (16), Kazakhstan (dua), Singapura (dua), Korea Selatan (21), Filipina (lima) dan Hong Kong (enam). - UTUSAN ONLINE