Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kerajaan optimis dengan sasaran berkenaan memandangkan  pelbagai usaha telah dirangka bagi menambah jumlah pelancong khususnya dari China ke negara ini.

Namun, pihaknya turut berdepan cabaran daripada negara-negara jiran yang merupakan pesaing hebat dengan menawarkan produk hampir sama.

"Negara jiran seperti Singapura contohnya sangat agresif mempengaruhi pelancong China untuk datang ke negara mereka dengan menawarkan kemudahan yang hampir sama dengan ditawarkan Malaysia.

"Singapura juga menyediakan penerbangan  tambang murah selain mempromsikan produk-produk istimewa dan ini sekali gus memberi tekanan dan kesan kepada kedatangan pelancong China ke negara kita" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan aplikasi E-Halal dalam mempromosi makanan halal dan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Seni Teknologi Sdn. Bhd. dan Kolej Universiti KDU di sini hari  ini.

Dalam perjanjian berkenaan, Seni Teknologi diwakili Pengarah Seni Teknologi Sdn. Bhd., Syed Hassan Syed Alwi dan Ketua Pegawai Pemasaran Kolej Universiti KDU, Sheikh Fahmy Sheikh Mohamed. - UTUSAN ONLINE