Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon berkata, daripada jumlah itu, seramai 34,544 pelajar merupakan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 1,083 calon sekolah menengah swasta) dan 1,465 calon persendirian.

Menurutnya, kesemua calon terbabit menduduki peperiksaan berkenaan di 263 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

“Kita telah melantik 272 penyelia dan 2,087 petugas untuk memastikan kelancaran proses peperiksaan di seluruh Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di SMK Batu Lintang di sini, mendapati enam calon pelajar pendidikan khas yang mengalami masalah penglihatan kelihatan bersemangat untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Seorang calon, Angelie Jawan, 17, berkata, meskipun menghadapi masalah penglihatan, namun ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menjawab soalan peperiksaan SPM tahun ini.

“Saya berharap dapat memperoleh keputusan cemerlang kelak kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma selepas ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE