Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, terdapat beberapa sebab pemilik syarikat berkenaan gagal menghantar penyata GST-03 itu, antaranya kerana silap mengisi borang dan gagal dihubungi untuk tujuan pengesahan.

Katanya, atas sebab tersebut JKDM melatih kira-kira 300 pegawai untuk mengadakan pertemuan dengan pemilik syarikat berkenaan bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

“Walaupun jumlah yang terlibat tidak begitu banyak dan membimbangkan namun masalah itu perlu diteliti kerana golongan peniaga berkenaan berpotensi membantu meningkatkan prestasi ekonomi negara.

“Dalam pada itu, 92 peratus tuntutan bayaran balik GST kepada pemilik syarikat dan peniaga yang berdaftar telah dilakukan oleh JKDM dalam tempoh 14 hari dari April hingga Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad di Kompleks Kastam Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili.