Istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tiga belas menteri yang me­ngangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr. Mahathir, 13 menteri terdahulu telah me­ngangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Istiadat yang bermula pada 11 pagi itu dimulakan dengan kumpulan pertama jemaah menteri yang diketuai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan de­ngan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau diiringi Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd. Redzuan Md. Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan); Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr A. Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli); Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (Menteri Kerja Raya); Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Luar) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim (Menteri Industri Utama).

Kumpulan kedua menteri yang mengangkat sumpah diketuai Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Rawa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Agama); Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar); Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad (Menteri Wilayah); Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Undang-undang); Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Darell Lei­king (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); dan Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).

Barisan timbalan menteri yang mengangkat sumpah pada istiadat itu ialah Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin­ Md. Salleh (Kementerian Wi­la­yah); Ahli Parlimen Tanju­ng Piai, Dr. Md. Farid Md. Rafik (Jabatan Perdana Menteri - Perpaduan Negara dan Kesejah­teraan Sosial); Ahli Parlimen Ku­bang Pasu, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Kementerian Kewangan); Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith (Kementerian Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md. Akin (Kementerian Industri Utama); Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani).

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (Jabatan Perdana Menteri - Agama); Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa (Kementerian Pembangunan Luar Bandar); Ah­li Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye (Kementerian Kesihatan); Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya); Ahli Parlimen Setampin, Chong Chieng Jen (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (Kementerian Sumber Manusia); Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (Kementerian Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (Kementerian Pendidikan); dan Ahli Parlimen Temerloh, Mohd. Anuar Mohd. Tahir (Kementerian Kerja Raya).

Timbalan menteri lain yang mengangkat sumpah ialah Ahli Parlimen Lumut, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kementerian Pembangunan Usahawan); Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (Jabatan Perdana Menteri - Undang-undang); Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar (Kementerian Pengangkutan); Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Kementerian Dalam Negeri); dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis (Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

Mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Richard dan Ali. – BERNAMA