Dalam istiadat konvokesyen itu seramai 116 penuntut daripada dua program baharu iaitu Diploma Perbankan dan Kewangan Islam serta Diploma Kesetiausahaan Kesihatan turut menerima diploma masing-masing.

Program lain yang terlibat dalam konvokesyen itu ialah Diploma Teknologi Maklumat, Grafik Media Digital, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Kesetiausahaan Undang-undang, Kejururawatan dan Pengajian Islam.

Istiadat konvokesyen tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi yang juga Lembaga Pengelola Kolej Instedt, Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir Al-Habshee.

Selain penyampaian penga­nu­gerahan diploma dan anugerah graduan cemerlang, turut disampaikan ialah Anugerah Pe­ngerusi Eksekutif.