Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

35 syarikat bakal bawa pulang trofi anugerah UBA 2015

1

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Sebanyak 35 buah syarikat tempatan bakal menerima trofi kecemerlangan dalam industri masing-masing dalam majlis berprestij, Utusan Business Awards 2015 (UBA 2015) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada 1 Mac ini.

Syarikat-syarikat yang terlibat dipilih berdasarkan rekod cemerlang dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai sektor seperti automotif, perbankan dan kewangan, bioteknologi, sekuriti siber, pembinaan, hospitaliti, minyak dan gas, perkhidmatan landskap, telekomunikasi, pembangunan hartanah, pendidikan swasta, pengangkutan dan lain-lain.

Berdasarkan pemilihan yang dibuat penuh teliti, kesemua pemenang UBA 2015 dibahagikan kepada tiga kategori anugerah iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri yang menyenaraikan 22 buah syarikat sementara Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan pula bakal dimenangi oleh 10 organisasi sementara tiga tokoh korporat ternama tempatan pula bakal diberi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

“Penganjur (Kumpulan Utusan) menerima lebih 250 pencalonan dalam kalangan syarikat konglo­merat serta multinasional. Berdasarkan penilaian dan pemilihan oleh barisan juri yang arif dan bijaksana sebanyak 35 buah syarikat telah disenarai pendek dan terpilih menerima anugerah kecemerlangan dalam bidang masing-masing,” kata Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Pada acara yang julung kali dianjurkan oleh organisasi media paling berpengaruh di Malaysia itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja Anugerah dijangka berkenan berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.

UBA 2015 disokong oleh akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMi­llan Woods Global dilantik sebagai firma audit dan diuruskan oleh MyEvents International.

UBA

Tambah Kumpulan Utusan, UBA 2015 bertujuan menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan agar lebih kukuh dan lebih berjaya dan membolehkan syarikat-syarikat dari semua industri untuk meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pencapaian masing-masing.

“Kesemua pemenang anugerah akan membawa pulang trofi UBA 2015 yang dihasilkan dengan aspirasi logo Utusan Melayu (M) Bhd.

“Trofi yang direka khusus adalah melambangkan imej dan identiti syarikat dalam kalangan industri perniagaan di negara ini,” ujar Kumpulan Utusan lagi.

Menurut Kumpulan Utusan, trofi seberat 2.8 kilogram tersebut berkonsepkan rekaan moden, elegan dan kontemporari serta diperbuat daripada kaca berwarna kristal hitam dan emas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain