Kesemua pelajar daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka yang dibantu tiga pensyarah fakulti itu mengambil masa selama dua hari bermula semalam untuk menyiapkan lukisan tersebut.

Menurut Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail, lukisan itu dihasilkan sempena Bulan Kebajikan Negara JKM secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama UiTM Merbok.

“Kemuncak Bulan Kebajikan Negara peringkat negeri itu nanti akan dirasmikan di Kangar pada 28 Oktober ini,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah pelajar yang juga ketua projek tersebut, Abdullah Kula Ismail berkata, lukisan berkenaan berkonsepkan tujuh kumpulan sasar yang dibantu JKM.

“Lukisan pertama menunjukkan JKM sebagai sebuah agensi kebajikan ‘menghulurkan tangan’ untuk membantu kumpulan sasar mereka yang memerlukan.

“Lukisan kedua pula menggambarkan kumpulan sasar JKM berwajah ceria selepas menerima bantuan daripada JKM,” katanya ketika ditemui.

Lukisan mural yang menggunakan cat beserta penyembur cat itu bersaiz 14 x 6 meter. - UTUSAN ONLINE