Timbalan Perdana Menteri berkata, data yang diperoleh menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM5) itu mendapati, 60 peratus remaja berkenaan memperoleh akses kepada pornografi menerusi internet, 35 peratus melalui telefon pintar manakala 20 peratus lagi adalah daripada cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) lucah.

"Berdasarkan kajian itu juga mencatatkan medium komunikasi dalam kalangan remaja dengan ibu bapa melalui telefon mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 73 peratus, sistem pesanan ringkas (SMS) (54.6 %), dan media sosial (15.6%).

"Ini menunjukkan penggunaan gajet sangat ketara khususnya dalam kalangan anak-anak dan juga ahli keluarga masa kini," katanya ketika berucap merasmikan seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (Stop) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tie Fatt dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr. Rose Lena Lazemi. - UTUSAN ONLINE