Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, dalam operasi selama empat hari iaitu sebelum dan selepas hari raya, sebanyak 1,876 motosikal diperiksa, dan  ketiadaan  lesen memandu mencatatkan kes kesalahan tertinggi.

"Bagaimanapun statistik tersebut menunjukkan penurunan berbanding 452 pada tahun lalu,"katanya dalam sidang akhbar pejabatnya di sini hari.

Selain itu, beliau memberitahu, JPJ negeri turut mengadakan pemeriksaan bas di terminal melalui Ops Raya dari 8 Jun hingga 24 Jun dengan sebanyak 258 bas telah diperiksa.

" Daripada jumlah itu dua bas telah diambil tindakan dan tiga pemandu  gagal pemeriksaan saringan air kencing," katanya.

Beliau berkata, selain pemeriksaan bas di terminal, JPJ turut melakukannya di depo dengan lima daripadanya dikenakan tindakan kerana masalah tayar dan cermin.

Zulkarnain berkata, seramai 257 anggota JPJ negeri terlibat sepanjang operasi untuk memastikan pengguna mematuhi undang-undang jalan raya di samping mengurangkan kadar  kemalangan.- UTUSAN ONLINE