Daripada jumlah itu, seramai 162 penerima akan menyambung pengajian di luar negara manakala seramai 168 penerima pula melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini. 

Pada majlis yang berlangsung di UTP di sini hari ini, seramai 210 penerima menerima biasiswa masing-masing manakala selebihnya disampaikan dalam majlis yang diadakan Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. 

Penyerahan tajaan tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd. Rahman. - UTUSAN ONLINE