Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad

Asmawati Ahmad
Asmawati Ahmad 

berkata, mendahului senarai adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar yang akan mengisi kekosongan jawatan Pengarah Pengurusan, Bukit Aman.

Jawatan itu sebelum ini disandang Datuk Seri Asri Yusoff yang bersara November tahun lalu.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor juga akan mengisi kekosongan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang disandang Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang bersara pada bulan yang sama.

“Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Ramli Hassan akan menggalas jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman di jabatan yang sama.

“Kekosongan jawatan Mazlan pula akan diisi oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Bin Jamaludin dengan memangku pangkat Komisioner Polis manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk T. Narenasagaran akan menjawat tugas baru sebagai Ketua Polis Pulai Pinang dengan memangku pangkat Komisioner Polis ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asmawati memaklumkan, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Azisman Alias pula dinaikkan pangkat dari Senior Asisten Komisioner dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia pula akan bertukar ke ibu pejabat PDRM Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

“Ketua Inspektorat Penerbangan Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Mohd. Rafique Ramli Ariffin akan memegang jawatan baru sebagai Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

“Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob ditukar ke jawatan Timbalan Pengarah Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” ujarnya.

Jelas Asmawati, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Zulkifli Ali akan memegang jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

 

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Ahmad Kassim pula akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Sun Teoh Tia sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.

“Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), Johor, Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad akan menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” kata Asmawati.

Sementara itu, pegawai kanan lain yang turut bertukar termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor dan Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Risikin Satiman sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. - UTUSAN ONLINE