Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

32,481 calon UPSR di Kedah

UPSR
TIMBALAN Pengarah Pendidikan negeri, Sofaruddin Ismail bercakap sesuatu kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sambil diperhatikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang sebelum peperiksaan tersebut bermula hari ini di seluruh negara. - UTUSAN

PENDANG 11 Sept. - Seramai 32,481 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 570 pusat peperiksaan seluruh Kedah bagi 2017.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Sofaruddin Ismail, berkata jumlah tersebut berkurangan sebanyak 598 berbanding tahun lalu iaitu 33,079 calon.

“Calon teramai ialah dari sekolah kebangsaan (SK) 26,585 diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 3,425 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 1,375 dan calon swasta 1,096,” katanya.

Menurutnya, jumlah tersebut juga merangkumi jumlah Calon Berkeperluan Khas (CBK) seramai 59 calon meliputi buta, rabun dan pekak.

“Sebanyak 10 calon menduduki peperiksaan di hospital kerajaan dan hospital swasta,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di SK Pendang di sini hari ini.

Menurutnya, SK Taman Ria Kulim mempunyai calon teramai melibatkan 319 murid manakala empat buat sekolah masing-masing mempunyai seorang calon iaitu SJKC Cheng Yu di Kota Setar, SJKC Pei Hwa dan SJKC Pei Eng di Kuala Muda Yan dan SJKT Ladang Kupang di Baling. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain