Ketua Pegawai Retail, Ba­hagian Retail TNB, Megat Ja­laluddin Megat Hassan berkata, sehingga kini lebih 26,000 unit meter pintar telah dipasang di rumah kediaman seluruh Melaka sejak Januari lalu.

Katanya, antara lo­ka­si yang telah menerima pe­ma­sa­ngan meter pintar ter­ma­suk­lah sekitar Merlimau, Pusat Da­gangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Alor Ga­jah dan ke­semua pengguna terlibat di­beri notis pemakluman mi­ni­mum 48 jam sebelum di­pa­sang.

“Inisiatif pemasangan me­ter pintar yang disambut baik ke­rajaan negeri ini adalah seiring dengan penghasilan 'blue print' Melaka sebagai Bandar Ra­ya Hijau dan Pelan Tindakan Ban­dar Raya Hijau.

“Melaka dipilih sebagai negeri perintis atau yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara bagi projek ini yang mula dipasang di sekitar MITC pada Oktober 2014 diikuti Putrajaya pada Januari 2016,” katanya ketika berucap pada program TNB Bersama Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Men­teri, Adly Zahari dan tu­rut dihadiri Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan dan Pem­bangunan Perniagaan) Bahagian Retail TNB, Datuk Mohd. Azim Yusoff.

Jelas Megat Jalaluddin, peng­guna tidak perlu bimbang inisiatif tersebut kerana ia tidak menjejaskan peng­gunaan elektrik di kediaman malah membantu meningkatkan kua­liti gaya hidup pelanggan de­ngan memberi nilai tambah ke­pada mereka.

“Melalui penggunaan meter pintar, ia mendorong pe­lang­gan mengurus dan meng­gunakan tenaga dengan lebih efi­sien dan pada masa yang sa­ma meminimumkan kesan ter­ha­dap alam sekitar.

“Selain itu, pengguna mem­peroleh manfaat seperti kemudahan proses bil yang lebih mudah, menerima bil elektrik yang tepat, mengikut masa yang ditetapkan di samping dapat memantau penggunaan tenaga elektrik di premis masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, Adly me­nyambut baik usaha dilakukan TNB ke arah meningkatkan te­­naga lestari dan amalan ke­cekapan tenaga.