Kesemua pelajar tersebut yang mengikuti skim mobiliti Pelajar Tidak Bergraduat (NGS) mengadakan program di kampus UMT dan sekitar bandar Kuala Terengganu.


Menurut Pengarah Program Pusat Pendidikan Asas dan Liberal UMT, Nor Afandy Ahmad, program ini diadakan untuk merapatkan hubungan dua hala antara kedua-dua universiti dalam aspek akademik dan sosial.


Katanya, melalui program sebegini, jalinan komunikasi dan kerjasama serantau antara universiti di Malaysia dengan universiti rantau Asia Tenggara dapat dieratkan.


“Selain menyediakan pengisian yang menekankan isu-isu berkaitan keusahawanan, peserta turut diberi pendedahan secara langsung tentang budaya, makanan dan tradisi masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE