MoU itu melibatkan projek­projek seperti pembinaan pela­buhan, lebuh raya, stesen jana­­kuasa tenaga solar, pembangunan bandar pintar dan taman teknologi, pembinaan terminal penggasan semula, pembangunan projek pemprosesan kelapa dan kelapa sawit serta pendidikan tinggi.

Antara yang menjadi tumpuan adalah projek pembangunan bersepadu bandar maritim di Pulau Carey antara MMC Port Holdings Sdn. Bhd., Sime Darby Property Berhad dengan Adani Ports dan Special Economic Zone Limited bernilai RM100.3 bilion untuk tempoh 30 tahun.

Projek Pelabuhan Pulau Carey antara MMC dan Adani pula bernilai RM41.3 bilion.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua industri Malaysia dan India di Hotel Taj Palace di sini hari ini.

Beberapa lagi MoU yang ditandatangani antaranya ialah:

Pengendalian dan penyenggaraan stesen janakuasa di India antara TNB Repair & Maintenance Sdn. Bhd. dan GMR Energy Limited.

Pembekalan dan pengedaran minyak sawit ke India antara Felda Global Venture Holdings Berhad dan Trimex Industries.

Pembekalan dan pemasaran produk-produk Hyrax Oil ke benua India antara Hyrax Oil Sdn. Bhd. dan Lexicon.

Stesen janakuasa tenaga solar terapung antara Mutiara Etnik Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Vatsaa Energy Pvt. Ltd (India).

Pembuatan, pengedaran dan pemasaran, import dan eksport produk farmaseutikal dan ubat-ubatan antara Duopharma (M) Sdn. Bhd., anak syarikat CCM Pharmaceutical Sdn. Bhd. dan Natco Pharma Limited.

Pemasaran dan pembekalan produk-produk Samtel Avionics ke pasaran Malaysia antara HPC Global Sdn. Bhd. (Malaysia) and Samtel Avionics Limited (India).

Pembelian produk halal berkualiti bagi digunakan oleh Taman Halal ECER untuk pasaran Malaysia dan global oleh Lotus Global Foods Sdn Bhd (Malaysia) dan Mirha Exports Pvt. Ltd (India).

Kerjasama dalam bidang pembangunan latihan antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PMSB) & ISDC (Malaysia) dan Interactive Institute of Job-Skills Pvt. Ltd. (India).

Pembangunan projek bandar raya pintar Bangalore antara Sky Blue Media Sdn. Bhd. & PSL Venture Sdn. Bhd. dan Drachen Welle Engineering Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Bruhat Bengaluru Mahanagara Palike.

Perluasan perniagaan di India antara Ingress Industrial (Malaysia) Sdn. Bhd dan Sunvisors (India) Pvt. Ltd.

Perkhidmatan pendidikan tinggi bagi peringkat doktor falsafah (PhD), sarjana dan ijazah pertama antara Binary University dan Loyola Institute of Business Administration Chennai.

Pembangunan projek infrastruktur kereta api antara CIDB Holdings dan IRCON.