Penyelaras Rumah Ngaji Melaka, Nuratikah Amir berkata, program tersebut bertujuan mendedahkan teknik menghafaz al-Quran dengan cepat dan tadabur.

“Program pada hari ini bermula pukul 9 pagi dengan pengenalan terhadap tadabur dan sinopsis surah al-Hujurat yang diterangkan oleh Penasihat Modul Rumah Ngaji Malaysia, Fazrul Ismail.

“Kemudian program diteruskan dengan kepentingan dan hafal al-Quran, serta teknik-teknik menghafal al-Quran secara mudah yang disampaikan oleh Ustaz Ambya Abu Fathin,” katanya pada kempen WQH di sini hari ini.

Menurutnya, program tersebut akan diteruskan dengan latihan hafazan surah al-Hujurat ayat 11 hingga 13 sebelum tadabur surah dan ayat yang sama.  -  UTUSAN ONLINE