Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, peningkatan jumlah penyertaan syarikat terbabit merupakan hasil kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan yang buat julung kalinya terjalin sempena penganjuran LIMA’19.

Selain itu katanya, ruang pameran LIMA’19 kini telah ditempah sebanyak 75 peratus membabitkan syarikat antarabangsa dan tempatan.

“Kita juga yakin akan ada penyertaan daripada negara baharu walaupun negara yang pernah terlibat sebelum ini telah mengesahkan kehadiran mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama di Wisma Perwira di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE