Norashikin Ismail
Norashikin Ismail

Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail berkata, program itu yang merupakan kolaborasi antara Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pelbagai agensi kerajaan serta swasta, terbuka kepada graduan dan pencari kerja terdiri daripada pelbagai peringkat kelulusan dari seluruh negara.

“Pendaftaran bermula seawal pukul 7.30 pagi sehingga pukul 6 petang. Sesi temu duga akan dijalankan secara on the spot oleh pihak syarikat terlibat.

“Majlis perasmian pada 24 Februari akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut akan diadakan ialah maj­lis anugerah bagi meng­iktiraf syarikat-syari­­­­kat milik ke­rajaan (GLC) ya­ng konsisten menjayakan program SL1M sejak 2011,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Norashi­kin, selain peluang pekerjaan, program itu akan turut menampilkan beberapa selebriti tempatan seperti Faizal Tahir, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, kumpulan Zero dan kumpulan Bocey bagi me­nyerikan program itu.

Penglibatan sele­bri­ti-selebriti itu akan memberi mo­tivasi dan inspirasi kepada pe­ngunjung dan menaik­kan semangat mereka untuk terus berusaha mencari pekerjaan serta memperkasakan diri untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Kita juga akan adakan sesi motivasi khas yang akan menampilkan dua penceramah iaitu Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf.

“Program ini turut mengadakan beberapa aktiviti seperti Resume Clinic, Career Talk, Busking, Auto Show, Art of Speed serta ge­rai jualan makanan dan minuman.

“Pengunjung juga berpeluang memenangi ha­diah menarik seperti kereta, motosikal, telefon pintar, komputer riba dan pelbagai barangan elektrik,” katanya.

Bagi memudahkan pe­ngunjung, kata Norashikin, pihak­nya akan menyediakan pengangkutan awam secara percuma dari stesen KTM Komuter Serdang dan Putrajaya Sentral ke MAEPS.

Pihaknya juga be­kerjasama dengan syarikat per­khidmatan pengangkutan GrabCar untuk memberi diskaun kepada penumpang yang hendak menghadiri program anjuran SL1M itu, katanya.

“SL1M ingin menjemput semua graduan dan pencari kerja serta seluruh rakyat Malaysia hadir merebut peluang yang disediakan bagi sama-sama berusaha meningkatkan tahap kebolehpasaran diri dengan mendapatkan peluang pekerjaan dan latihan yang sesuai.

“SL1M juga menyeru syarikat swasta untuk sama-sama membantu para graduan tempatan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka sekali gus memperbaiki taraf ekonomi graduan dan keluarga.

“Mana-mana syarikat yang ingin menyertai Program Temu Duga Terbuka SL1M di MAEPS, boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03-88723351 atau 03-88723379. Penye­r­taan syarikat adalah percuma,” ujarnya.