Pengerusi Bikum, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemberian sumbangan itu diberikan kepada murid-murid dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, mereka yang menerima sumbangan juga dipilih tanpa mengira kaum dan parti politik.

"Ini merupakan cara Barisan Nasional (BN) yang bukan sahaja memberi sumbangan jangka pendek kepada rakyat tetapi juga jangka panjang seperti bidang pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Bikum dan Badan Perhubungan UMNO negeri di Dewan Wawasan 2020, di sini malam tadi.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Azlan Man.

Pada majlis tersebut seramai 3,000 orang murid menerima sumbangan berkenaan dengan 1,000 orang bagi setiap tiga kawasan Parlimen iaitu Kangar, Padang Besar dan Kangar.

Turut menerima sumbangan iaitu 500 orang ibu tunggal yang masing-masing menerima kit makanan, telekung dan wang tunai berjumlah RM50 setiap seorang.

Shamsul Anuar seterusnya berkata, penyampaian sumbangan menerusi pembukaan akaun itu telah disampaikan di 11 buah negeri dan akan diikuti oleh Sabah serta yang terakhir Kelantan. - UTUSAN ONLINE