Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3 subjek IPT tempatan antara 50 terbaik dunia

PUTRAJAYA 22 Mac - Penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2016 menyaksikan tiga mata pelajaran universiti tempatan tersenarai dalam kelompok 50 terbaik dunia.

IDRIS JUSOH

Tiga mata pelajaran dalam kelompok terbaik dunia itu adalah Pengajian Pembangunan di tangga ke-30 dan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik (37), yang kedua-dua ditawarkan di Universiti Malaya (UM) serta Kejuruteraan Kimia (46) di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau amat berbangga dengan kedudukan kukuh program-program universiti tempatan ketika ini terutamanya melibatkan bidang kejuruteraan.

Beliau berkata, pres­tasi kedudukan universiti awam dan swasta ketika ini yang berada dalam kelompok 100 dan 200 terbaik dunia juga merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

“Pencapaian ini adalah bukti usaha gigih, komitmen dan dedikasi pensyarah serta penyelidik kami, selain komuniti pendidikan tinggi keseluruhannya.

“Universiti kita sekali lagi membuktikan mereka sememangnya sedang meningkat secara berterusan atau soaring upwards, yang menjadi slogan kementerian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Idris, beliau juga berharap usaha untuk menjadi yang terbaik tidak berakhir setakat itu sahaja dan menggesa semua universiti untuk terus meningkatkan hasil penyelidikan dan pengajaran masing-masing.

“Saya sentiasa men­yatakan bahawa ranking dunia penting sebagai penanda aras kedudukan sistem pendidikan tinggi negara pada peringkat global, namun perlu diingatkan bahawa ia bukanlah segala-galanya.

“Dalam hal ini, saya berharap hasil daripada universiti akan dapat membawa impak positif yang bermakna, mampan dan berkekalan kepada masyarakat setempat dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kementerian sentiasa menyokong setiap universiti awam dan swasta dalam memajukan institusi masing-masing sekali gus memberikan rakyat Malaysia pendidikan yang terbaik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain