Sebanyak dua individu terbunuh di timur Kampung Qarara di selatan Genting Gaza selepas pesawat tentera Israel melancarkan peluru berpandu ke atas kumpulan penduduk yang cuba menghampiri pagar wilayah Israel dan didakwa meletakkan objek di sempadan.

Dalam satu lagi kejadian di Tebing Barat, seorang penduduk Palestin, Mohammed Khatib, 24, meninggal dunia dalam tahanan tentera Israel selepas ditahan dalam satu serbuan dengan keluarga mangsa mendakwa tentera Israel memukul lelaki itu. - AFP/REUTERS