Tentera Israel berkata, tentera rejim diserang dengan tembakan dari Gaza dan jet pejuang dan kereta kebal dikerah menyasarkan kedudukan pejuang Islam di Genting Gaza.

Sebanyak dua penduduk Palestin terbunuh di timur Khan Younis di tengah Genting Gaza manakala kematian ketiga dilaporkan di Rafah.

Kementerian kesihatan Gaza berkata, kereta kebal israel membedil sasaran berhampiran tunjuk perasaan di Khan Younis membunuh dua orang awam. - REUTERS