3 dewan perniagaan anjur Jamuan Perdana
Syed Ali Alattas

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM, Datuk Dr. Syed Ali Alattas berkata, jamuan tersebut adalah yang pertama kali diadakan menggabungkan tiga dewan berkenaan.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan ini dan meminta saya mencari tempat yang sesuai untuk penganjurannya tetapi bukan di Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua DPMM Johor berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE