Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,514 melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (277) dan SJK Tamil (tiga).

“Sebanyak lima murid-murid menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana sakit dan juga kemalangan jalan raya,” katanya ketika melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris di sini.

Guru Besar SK Stella Marris, Rahim Hassan dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis turut mengiringi Izmi di sepanjang lawatan itu. - UTUSAN ONLINE