Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan seramai 3,392 calon sekolah kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Kali ini terdapat dua calon berkeperluan khas dan tiga lagi menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya semasa sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah di sini hari ini.

Sebelum itu beliau meninjau seramai 139 pelajar sekolah berkenaan yang menduduki SPM.

Yang turut hadir pengetua sekolah berkenaan, Shabariah Othman.

Azman seterusnya berkata, selain itu juga terdapat seramai 157 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), swasta (110) dan calon pensendiran (171).

Beliau menambah, pihaknya juga bersiap sedia dengan beberapa agensi berkaitan seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir ketika SPM sedang berlangsung. - UTUSAN ONLINE