Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,127 tablet dibekalkan kepada guru di Jempol dan Jelebu

tablet
SHAMSULKAHARMOHD. DELI (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian guru penerima tablet mengandungi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia dalam satu majlis di Pejabat Pendidikan Daerah Jempol hari ini. - UTUSAN ONLINE


JEMPOL 25 Ogos - Sebanyak 3,127 tablet mengandungi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia dibekalkan kepada guru-guru di 99 buah sekolah di daerah ini dan Jelebu.


Gimik penyerahan tablet telah disempurnakan Exco Pendidikan dan Kesihatan Negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli yang menyampaikan gajet tersebut kepada wakil-wakil sekolah dalam satu majlis di Pejabat Pendidikan daerah di sini hari ini.


Shamsulkahar berkata, pemberian tablet tersebut dapat memudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini. 


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Serting mengingatkan guru-guru agar melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan bidang ICT agar mereka tidak ketinggalan berbanding pelajar mereka sendiri. 


“Apa yang diberikan ini adalah sebagai satu kemudahan untuk para guru. Jadi manfaatkan sebaiknya pemberian ini,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain