Program yang berlangsung selama satu jam itu diadakan serentak di seluruh dunia bermula pada pukul 12 tengah hari.

Turut menyertai acara berkenaan ialah

johan qari Tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan 2017, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 20, yang membaca naskah al-Quran Braille.

Terdahulu, program itu telah dimulakan dengan alunan bacaan surah al-Fatihah oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Program diikuti penerangan atau tadabbur ayat-ayat surah tersebut daripada Pegawai Dakwah CT-One Islamic Centre (CIC), Muhammad Arif Ismail.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika berucap turut menyeru masyarakat supaya memahami makna-makna yang terkandung di dalam al-quran dan berusaha untuk mengamalkannya.

“Dalam ayat-ayat al-Quran banyak menyebut mengenai syarat untuk mewujudkan masyarakat muslim yang harmoni serta mendapat keredhaan Allah.

“Malah kekacauan yang berlaku dalam jiwa seseorang adalah disebabkan kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap kandungan serta isi al-Quran,” katanya. -UTUSAN ONLINE