Sambutan bermula pada pukul 8.30 malam dengan persembahan band, tarian zumba dan pertunjukan bunga api yang berlangsung selama lima minit.

Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng berkata, selain meraikan kedatangan tahun baharu, sambutan itu juga merupakan penghargaan kepada pelanggan hotel tersebut.

"Acara ini membuka lembaran baharu bagi menghadapi tahun 2019. Saya harap tahun ini akan membawa kejayaan kepada semua pihak," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdapat empat hotel milik kumpulan tersebut iaitu Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus di sini, selain Lexis Suites Penang di Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE