Antara aktiviti sepanjang fiesta berkenaan ialah siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam, Studio Mini Kelantanfm, Perkhidmatan Mobile CTC, Jalan Kaki Rakyat, Basikalton Parlimen Pasir Puteh, pameran dan jualan agensi yang terlibat serta kenduri rakyat.

Paling menarik perhatian ialah sesi townhall bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pagi ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata, Fiesta [email protected] merupakan platform yang memberi ruang kepada kerajaan dan rakyat untuk berhubung secara interaktif.

“Fiesta dengan tagline Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) menggegarkan Pasir Puteh dengan kehadiran dua tokoh ilmuwan muda iaitu Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi menerusi dialog ala townhall pagi ini.

“Pelbagai isu khususnya mengenai pembangunan serta masa depan negeri ini dan rakyatnya dibicara dan dikupas dalam suasana santai, ceria dan interaktif,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sharifah Zarah, [email protected] akan terus menjelajah ke ceruk pelosok tanah air bagi mendengar, merasa dan memahami denyut nadi rakyat. - UTUSAN ONLINE

ZAAIN ZIN