Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,000 bungkusan daging telah diagihkan kepada penduduk melalui 66 cawagan UMNO serta 45 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan Parlimen itu.

“Selain berharap ibadah korban ini mendapat keredaan daripada Allah SWT, ianya juga diharap dapat menyerap pemikiran masyarakat dalam menghayati erti pengorbanan sebenar.

“Malah, program ibadah korban yang dijalankan di Parlimen ini turut tergambar semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan masyarakat yang masih utuh yang mana kita harapkan ianya terus kekal,” katanya.

Tambah Mohd. Fasiah, program ibadah korban yang dianjurkan pihaknya itu diadakan selama dua hari bermula semalam melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar manakala DUN Sabak diadakan pada pagi ini. - UTUSAN ONLINE