Hisham Barakat terbunuh pada 2015 apabila sebuah bom kereta meletup dan mengenai konvoi yang disertainya di Kaherah selepas kumpulan militan menyeru kepada peningkatan serangan ke atas badan kehakiman bagi membalas dendam di atas tindakan kekerasan oleh kerajaan ke atas mereka.

Tidak ada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu namun polis mendakwa berjaya menangkap pihak bertanggungjawab dengan menuduh mereka merupakan anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 15 orang defendan atas kesalahan sama dengan lapan yang dipenjara 15 tahun manakala 10 lagi defendan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. - AFP