Menurut sumber polis, difahamkan 31 anggota polis layak mengundi hari ini namun tiga daripadanya tidak hadir kerana telah pencen, dibuang kerja serta seorang lagi gagal dikesan.

Namun pusat mengundi di Ruang Legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan yang dibuka pada pukul 8 pagi tadi hanya akan ditutup pada pukul 12 tengah hari mengikut warta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK DUN Balakong menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE