Menurut pihak berkuasa, keadaan itu disebabkan oleh hujan lebat yang turun berterusan selama dua hari dan menyebabkan air empangan melimpah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa terpaksa membuka pintu 24 empangan bagi mengurangkan paras air yang semakin meningkat.

Keadaan itu juga menyebabkan kira-kira 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan sebanyak 260 kem perlindungan sementara diwujudkan.

Selain itu, sebanyak 57 pelancong termasuk 24 warga asing dilaporkan terkandas di atas bukit Munnar. – AFP