Nanas MD2 yang dilelong sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjaya dihabiskan dalam tempoh 10 minit.

Seorang pengunjung, Shamsul Ismail berkata, dia tidak melepaskan peluang keemasan itu bagi mendapatkan sebiji nanas berkualiti tinggi.

“Walaupun setiap pengunjung hanya dibenarkan membeli sebiji nanas sahaja, namun, saya tetap rasa berbaloi kerana jauh beza dengan harga di luar yang dijual dengan RM15 hingga RM20 sebiji.

“Malah, tujuan saya beli adalah untuk projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menghasilkan jus nanas yang akan dicampur bersama asam boi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE