Ketua Penyelaras Perolehan Organ dan Tisu, Pusat Sumber Transplan Negara, Dr. Omar Sulaiman berkata, sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk tampil menderma kepada yang memerlukan.

“Selain buah pinggang, seramai 18 pesakit hati dan enam pesakit jantung yang kritikal sedang menunggu penderma yang sesuai,” katanya selepas Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2018 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Perubatan), Dr. Izam Suleiman dan Koordinator Pusat Sumber Transplan Kebangsaan, Dr. Faizal Zuhri Aziz.

Omar berkata, dalam setahun, seramai 40 pesakit berjaya mendapatkan buah pinggang baharu berbanding kira-kira 1,000 pesakit buah pinggang yang baharu secara purata direkodkan dalam setahun. - UTUSAN ONLINE