Majlis Pengurniaan PJM Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Selangor itu disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Wisma Perwira ATM di sini.

Raja Mohamed Affandi berkata, penganugerahan tersebut merupakan satu manifestasi perjuangan golongan veteran terhadap keamanan dan kemerdekaan negara.

"Pengorbanan veteran tentera tidak pernah dilupakan dan ini merupakan penghargaan yang tidak boleh dibeli oleh wang ringgit terhadap jasa mereka yang sangat tinggi.

"Saya berasa amat bangga dan terharu untuk berdiri di sini menyampaikan penghargaan kepada individu-individu yang terlebih dahulu mengabdikan diri mereka kepada negara,” katanya dalam ucapan selepas menyempurnakan Majlis Pengurniaan PJM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE