Bacaan ikrar itu diketuai Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri, Ir. Saiful Azhar Mohd. Saad sambil disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Azmi Alias.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas.

Menurut Mohd. Gazali, pihaknya berharap ikrar tersebut bukan sekadar lafaz yang diucap, tetapi mesti dihayati dan diamalkan oleh semua penjawat awam. - UTUSAN ONLINE