EAN YONG HIAN WAH

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru ne­geri, Ean Yong Hian Wah berkata, da­ripada jumlah itu, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sela­yang (MPS) di­kenal pasti mem­pu­nyai kawasan ce­run kritikal pa­ling banyak iaitu se­ba­nyak 178 lokasi.

Antara lokasi ce­run terbabit adalah di mukim Batu, mukim Setapak dan mukim Rawang.

“Selain itu, Majlis Perbandaran Su­bang Jaya pula mempunyai 16 cerun kritikal diikuti Majlis Bandaraya Pe­taling Jaya sebanyak 13 lokasi, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (sembilan lokasi), Majlis Bandaraya Shah Alam (enam lokasi), Majlis Perbandaran Kajang (empat lokasi) dan Majlis Perbandaran Klang sebanyak dua lokasi.

“Pada masa sama, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Daerah Kuala Selangor pula masing-masing mempunyai satu lokasi cerun kritikal,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Hian Wah (DAP-Seri Kem­bangan) berkata demikian sebagai menjawab per­tanyaan Ng Sze Han (DAP-Kinrara) tentang senarai cerun kritikal serta tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Tambah Hian Wah, PBT yang mempunyai cerun kritikal telah membuat pemantauan mengikut kaedah serta saranan yang disyorkan pihak Cawangan Ke­juruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) serta para perunding geoteknikal yang bertauliah.

“Selain itu, PBT sedang berusaha untuk memperkuatkan keupayaan dan keanggotaan Unit Cerun di Jabatan Kejuruteraan masing-masing.

“Namun, PBT tidak mem­pu­nyai peruntukan khas untuk melaksanakan kerja-kerja pem­baikan cerun, Namun, bagi me­ngatasi masalah kekangan kewangan untuk mengatasi isu cerun kritikal, PBT menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dan Tabung Amanah (ISF) untuk menjalankan kerja, termasuk pinjaman kerajaan negeri,” katanya.