Para penerima berkenaan adalah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Paroi.

Mereka menerima baju sekolah, kasut dan stokin serta wang tunai RM250 bagi pelajar sekolah menengah dan RM200 bagi sekolah rendah.

Majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi MAINS di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini,

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Mohd. Redza; ADUN Paroi, Mohd. Ghazali Wahid dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.

Sempena majlis itu, seramai 104 penerima bantuan dalam kariah masjid berkenaan turut menerima sumbangan masing-masing sebanyak RM200.

Mohamad dalam ucapannya pada majlis itu berkata, keupayaan MAINS menyalurkan bantuan seperti itu adalah hasil daripada pengurusan kewangan yang baik oleh badan berkenaan.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu, MAINS melalui Pusat Zakat Negeri Sembilan telah mencatatkan prestasi yang baik dalam kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.

"Pengurusan yang baik ini telah meningkatkan keyakinan dalam kalangan umat Islam untuk menunaikan tanggung jawab masing-masing.

"Malah ada dalam kalangan pembayar zakat ini datang dari negeri lain kerana mereka yakin dengan sistem pengurusan zakat di negeri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE