Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sebanyak 5,904 pusat peperiksaan dibuka untuk tujuan tersebut.

“Ujian ini dilaksanakan untuk kanak-kanak Islam tahun lima sekolah KAFA bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan mereka dalam penghayatan ilmu al-Quran dan pengetahuan Fardu Ain.

“Syarat kelayakan calon-calon untuk menduduki peperiksaan itu adalah warga Malaysia, belajar dalam kelas KAFA dan mengikuti kurikulum ini sekurang-kurangnya tiga tahun, murid tahun lima dan berdaftar sebagai calon peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad Nordin berkata, UPKK yang dikenalkan sejak 24 tahun lalu telah melalui pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa termasuklah memperkenalkannya secara dalan talian sepenuhnya pada 2016.

“Sehubungan itu, saya mengucapkan Selamat Menduduki UPKK 2018 kepada calon-calon seluruh negara,” katanya.