Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sebanyak 5,904 pusat peperiksaan dibuka untuk tujuan tersebut.

“Ujian ini dilaksanakan untuk kanak-kanak Islam tahun lima sekolah KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap pe­nguasaan mereka dalam penghayatan ilmu al-Quran dan pengetahuan Fardu Ain.

“Syarat kelayakan calon-calon untuk menduduki pepe­riksaan itu adalah warga Malaysia, belajar dalam kelas KAFA dan mengikuti kurikulum ini sekurang-kurangnya tiga tahun, murid tahun lima dan berdaftar sebagai calon pe­periksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad Nordin berkata, UPKK yang dikenalkan sejak 24 tahun lalu telah melalui pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa termasuklah memper­kenalkannya secara dalam talian sepenuhnya pada 2016.

“Sehubungan itu, saya me­ngucapkan Selamat Menduduki UPKK 2018 kepada calon-calon seluruh negara,” katanya.