Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, calon-calon tersebut melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan iaitu seramai 19,455 orang, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (689 orang), sekolah menengah agama negeri (1,514 orang), swasta (132 orang), persendirian (667 orang) dan sekolah menengah agama rakyat 57 calon.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64 calon berkeperluan khas dan 310 calon Orang Asli.

“Dalam pada itu, terdapat enam calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital berikutan masalah kesihatan termasuk demam denggi antaranya di Hospital Jerantut, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Lipis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE