Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, daerah ini mencatatkan jumlah calon teramai iaitu 6,721 orang membabitkan 48 pusat peperiksaan.

“Terdapat 12 calon persendirian iaitu masing-masing empat orang di Kuantan dan Lipis serta enam orang calon di Bera.

“Calon persendirian di Kuantan menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang, Lipis (SMK Setia Wangsa) dan SMK Bandar Kerayong di Bera,” katanya di sini hari ini.

Tajuddin berkata, untuk PT3 kali ini, tiada calon yang mendudukinya di hospital.

“Seandainya calon sakit, calon boleh mengambil peperiksaan di sekolah selepas sihat. Tempoh masa, sehingga hujung bulan ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE