Mereka adalah antara 900 orang gabungan Pegawai Kadet Palapes daripada Unimap, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).


Timbalan Komandan yang mewakili Komandan Palapes Unimap, Left. Kol. Prof. Dr. Zaliman Sauli merakamkan ucapan tahniah kepada para pegawai kadet universiti itu kerana berjaya mengharungi latihan getir selama 19 hari.


“Saya bersyukur kerana semuanya berjaya melepasi cabaran tanpa seorang pun gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Hadir sama pada majlis tersebut ialah timbalan-timbalan komandan, ketua-ketua jurulatih, pegawai latih dan sukarela dari ketiga-tiga buah universiti yang terlibat.


Zaliman seterusnya berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa para pegawai kadet Unimap berjiwa patriotisme yang kental serta memiliki semangat kesukarelawanan dan tahap disiplin yang tinggi.


“Semangat keperwiraan dengan ciri-ciri seperti inilah perlu sentiasa utuh dan tersemat di sanubari setiap pegawai kadet,” katanya. - UTUSAN ONLINE